FORMAT UNTUK LAPORAN LATIHAN INDUSTRI




[ Sumber Rujukan Utama bagi Pelajar Praktikal, Latihan Industri (LI), Latihan Mengajar (LM) Graduan IPTA / IPTS - Kedudukan Top 5 pada Yahoo dan Google Search Engine ]
Semalam penulis menerima beberapa emel dari pembaca blog ini yang bertanyakan format laporan latihan industri. Khas kepada anda, saya mendedahkan contoh format latihan industriyang digunakan oleh kebanyakan fakulti Sains Komputer di seluruh IPTA dan IPTS. Anda perlumeneliti dan menyemak setiap subtopik berikut, kemudian memperhalusi bagi mengikut kesesuaian tempat anda berpraktikal :
Muka Depan (Front Cover)
Seperti biasa yang anda sering lakukan ketika menghantar tugasan dan kerja kursus. Letak logo IPT anda, nama fakulti dan IPTA/I, tajuk laporan dan butir peribadi anda.
Senarai Kandungan dan Muka Surat
Senaraiakan beberapa topik utama (‘bold’kan pada topik utama) dalam laporan beserta muka surat.
Pengenalan
Huraikan latar belakang dan organisasi tempat anda menjalani latihan industri. Nyatakan bidang tugas yang anda lakukan. Senaraikan beberapa perisian dan perkakasan yang digunakan sepanjang anda bekerja.
Latihan yang Dijalani
Huraian secara terperinci tentang projek yang dilakukan dari gambaran idea kepada struktur kod. Sertakan gambar-gambar rajah model projek anda serta persekitaran di tempat kerja anda. Jika anda dihantar ‘outstation’, nyatakan aktiviti yang dilakukan.
Perbincangan dan Kesimpulan
Bincangkan secara ringkas kelebihan dan kelemahan sistem yang anda bangunkan. Hasil dari perbincangan menampakkan kepekaan anda terhadap kerjaya ‘sekejap’ anda tu. ;)
Lampiran
Sertakan lampiran berkaitan rajah (Kes Guna, Kelas, Jujukan, dan Senibina sistem) jika ada.
*Lain-lain
- Ketebalan laporan tidak melebihi daripada 50 mukasurat, tidak termasuk rujukan dan lampiran
- Gunakan kertas bersaiz A4
- Font : Times New Roman, bersaiz 12.
- Gunakan langkau satu setengah baris (1 ½ spacing).
P/s: Kalau kita tak dapat buktikan kejayaan kita dalam bentuk benda tu belumlah lagi kejayaan namanya -Dr. HM Tuah :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...