tren ohh tren

 hai salam buat semua blogger ...The primitives - MSN monkey emoticons
hari ini aku mahu cerita mengenai kereta api ...

petang tadi aku mahu balik ke rumah menggunakan perkhidmatan awam iaitu dipanggil
KERETA API @ KTM (KERETA API TANAH MELAYU) 
cerita nya bermula apabila aku mahu balik kerumah ...

jam 5.30 petang tepat sampai ke stesen SRI SETIA untuk menunggu kereta api tiba 
(**wah skema giler ayat aku nie !! )


jam 5.50 petang kereta api @ KTM tiba distesen ...
sebelum KTM tu stop aku tengok dekat dalam tren tu orang like SARDIN in can 
nasib baik lah aku ini small & cute person ! 
HAHAHA
 dekat dalam tu sudah tak boleh nak bernafas dah rasenye ...
orang dekat dalam tu dah merepek marapu dah aku pon tak tahu nak buat apa dalam tren tu ...
nak tunduk tak boleh ...
nak dongak tak boleh ...
nak pusing kiri tak boleh ...
nak pusing kanan pun tak boleh ...
yang boleh pun cume stand like a zombie ! 

nasib baik lah every stesen ada yang keluar ...
tapi paling best sekali bila sampai stesen KL sentral orang dalam tren berpusu-pusu keluar aku pun mengambil kesempatan yang ada untuk duduk dekat steat coz kepala aku dah mengong-mengong ...
dalam tren  itu pulak panas lagi lah aku sakit kepala ...

jam 7 malam tepat aku sampai ke stesen BATU CAVES
aku call ayah aku suruh dia ambil aku dekat stesen & bawa aku balik ke rumah ...
" HOME SWEET HOME "
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...